Tuesday 29 December 2009

Moses Basket

Posted by Rayyan Fathi at 01:17 0 comments
Assalamua'alaikum semua...

Lamanya Rayyan tak bercerita di dalam blog ni kan? Tok Cu busy sangatlah sekarang. Tak sempat nak update blog Rayyan katanya. Lagipun sekarang Rayyan sedang bercuti di kampung di Kedah bersama Umi.

Tapi petang ni Tok Cu kata dia dah tak larat nak buat kerja. Dia nak hilangkan stress dengan bercerita dan berkongsi gambar-gambar Rayyan ketika Rayyan di kampung. Uyeh! Rayyan sukaaaaa....

Rayyan minta Tok Cu mulakan dengan gambar Rayyan di dalam Moses basket ni dulu ya. Nanti Rayyan nak minta Tok Cu update gambar Rayyan masa mula-mula balik Kedah beberapa minggu lepas pula. Gambar Raya-gambar Rayyan bersama Tok Nek, PakNgah, Mak Usu, Tok Ndak dan ramai lagi keluarga di Kedah.

Tadaaaaaaaaa.....

Moses basket ni Umi beli dari uncle Sham. Sesiapa yang nak beli bakul ni boleh order online jer dengan Uncle Sham. Bukan saja bakul comel ni yang Uncle Sham buat, tapi ada macam-macam bakul lagi yang berasaskan rotan yang dia buat. kawan-kawan yang berminat boleh layari blog Uncle Sham ni dan minta Umi/ibu kalian belikan satu untuk kalian ya. hehehe.. http://cenderahatirotan.blogspot.com/ Cantik dan sangat selesa.
Rayyan suka tidur dalam Moses basket ni. Rasa sangat selamat...

Banyak sangat gambar Rayyan possing dalam bakul ni. Tok Cu buat collage saja ya. Oh, Ya! ada satu gambar Rayyan pakai kopiah. Itu Kopiah hadiah dari Aunty Aisyah (Kawan Umi dari Singapore) yang datang lawat Rayyan di Kedah tempoh hari. Terima kasih Aunty Aisyah. Tok Cu kata Rayyan nampak handsome dan beriman bila pakai kopiah tu. hehehe..

Umi nak final exam minggu depan. Doakan Umi berjaya dengan cemerlang dan boleh graduate tahun ini ya. Sekarang Rayyan akan jadi budak baik dan tak akan kacau Umi belajar. Rayyan nak Umi belajar betul-betul tanpa gangguan dan boleh lulus cemerlang. Lepas tu boleh graduate tahun 2010. Nanti Rayyan bolehlah pergi majlis konvokesyen Umi. Tak sabar rasanya Rayyan nak pergi tengok majlis konvokesyen tu....

Bersambung....

Wednesday 25 November 2009

Rayyan Tak Sabar...

Posted by Rayyan Fathi at 16:53 0 comments

Assalamua'alaikum...

Sudah lama juga Rayyan tak update blog ni. TokCu busy. Pagi ni Rayyan minta tolong TokCu update juga blog ni sebab Rayyan nak ucap selamat hari raya Aidiladha pada semua sanak saudara dan peminat-peminat Rayyan (jika ada). heheheh... Tengahari ni Rayyan konvoi dengan TokCu balik beraya di Kedah. Rayyan seronok sangat dapat balik kampung.

Ini kali pertama Rayyan nak berjalan jauh. Rayyan dah bersedia mental dan fizikal untuk jalan jauh ni. Umi kata ada RnR di highway. Kalau Rayyan nak buat apa-apa boleh singgah.

Oklah, Rayyan nak bersiap-siap nak gi jumpa paed sekejap pagi ni sebelum balik.

Salam aidiladha..



Sayang,
Rayyan

Saturday 14 November 2009

Kasut Baru

Posted by Rayyan Fathi at 07:14 0 comments

Rayyan tak ada cerita malam ni. Cuma tadi TokCu belikan Vincent baby shoe http://www.vincentshoestore.us/ untuk Rayyan. Tapi Tok Cu kata kasut ni Rayyan boleh pakai bila umur tiga bulan ke atas. Tak apa, TokCu... Rayyan cepat besar. Tak sabarnya nak jadi baby tiga bulan. Boleh pakai kasut baru ni. Terima kasih Tok Cu. mmwahhh!!


Sayang,
Rayyan

Friday 13 November 2009

Hadiah Mingguan

Posted by Rayyan Fathi at 15:15 0 comments
Assalamua'laikum dan salam hujung minggu...

Semoga kita semua dirahmati dengan kebahagiaan dan keberkatan yang berpanjangan.

Pagi ini Rayyan kejut Tok Cu bangun awal. Jam 7.30am Rayyan dah minta Tok Cu update blog Rayyan sebab Rayyan dah teruja sangat nak kongsi kegembiraan Rayyan ni. Lagipun, nanti pukul 8.00am TokCu kata dia nak keluar pergi Proton. Rayyan pun tak tahu Proton tu apa. Tapi, tak apalah. Nanti Rayyan minta TokCu bawa Rayyan pergi sana satu hari nanti.

Ok, Rayyan nak kongsi kegembiraan Rayyan dapat hadiah lagi! Seronoklah jadi baby ni. Semua orang sayang, selalu dapat hadiah best-best!...

Rayyan dapat hadiah stocking dan baju lagi! Seronoknya! Rayyan dah banyak baju baru. Boleh selalu tukar baju. Lagipun TokCu kata baby memang kena tukar baju selalu sebab antibody baby belum kuat. Jadi, baby akan cepat alergic dengan virus yang melekat pada baju. Jadi, baby kena selalu bersih dan pakai baju baru. (Baru dalam erti kata baju yang bersih di cuci) hehehe... Kali ini Rayyan dapat weekly baby onesie. Pada setiap baju tu dah tertulis siap-siap harinya. Jadi, Rayyan boleh tahu Rayyan nak pakai baju tu pada hari apa. Tak payah nak pening-pening fikir. Rayyan tak kenal siapa yang bagi hadiah ini. Tapi, walau siapa pun, Rayyan tetap hargai tanda ingatan ini dan ucapkan ribuan terima kasih pada pemberi hadiah. Terima kasih! Opsss!!! ada lagi satu....

Haaa.. ini pula hadiah dari TokCu. TokCu kata dia beli baju sejuk untuk Rayyan sebab baby tak boleh terlalu sejuk. Oleh kerana lepas ni Rayyan akan selalu keluar dari rumah, jadi TokCu belikan baju sejuk ni untuk Rayyan. Tapi Rayyan belum dapat lagi baju ni. TokCu masih busy sekarang jadi tak sempat nak jumpa Rayyan lagi. Tapi, walaupun belum dapat, Rayyan ucap terima kasih jugalah kat TokCu. Mwahhh!!!

OKlah, Rayyan dah nak mandi. Nanti Rayyan kongsi lagi cerita terkini.

Bye!

Salam,
Rayyan.

Wednesday 11 November 2009

Baby Chair Rayyan

Posted by Rayyan Fathi at 05:59 0 comments


Assalamua'laikum...

Seronoknya!!!

Oppsss.... maaf. Rayyan over excited pula. (",).

Pertama sekali Rayyan nak ucapkan syukur alhamdulillah kerana hari ini genap sebulan Allah telah berikan Rayyan peluang untuk hidup di muka bumi-Nya ini. Dalam masa sebulan ni Rayyan sudah menerokai pelbagai kebesaran Ilahi. (Walaupun most of the times Rayyan tidur saja). Tapi Umi kata ini semua proses yang membantu Rayyan untuk membesar dengan sihat. Jadi, Rayyan pun tidur sajalah supaya cepat besar... hehehehe...

Cantik tak baby chair Rayyan ni? Baby chair ni Ammati Yaya yang hadiahkan untuk Rayyan. Rayyan suka sangat baby chair ni sebab ada selimut sekali kat chair tu. Jadi, bila duduk kat sini Rayyan akan lebih tidur dengan nyenyak. Tengok sajalah gambar Rayyan tu. Rayyan pun tak sedar bila masa gambar ni dirakamkan. Rayyan juga tak sedar pun ketika Rayyan diusung dengan kerusi tu. Syukran jazilan ya Ammati Yaya.

OKlah, Rayyan nak sambung tidur.

selamat malam semua!


Salam,
Rayyan.


Oleh: TokCu

Saturday 7 November 2009

Rayyan ke Alamanda

Posted by Rayyan Fathi at 02:52 0 comments
Assalamua'alaikum...

Sekarang Rayyan dah besar dan kaki Rayyan pun dah 'panjang' sikit. Hehehe... Panjang dari segi fizikal dan juga panjang dalam erti kata dah berjalan-jalan jauh sikit dari rumah. (",).

Semalam buat kali kedua Abi dan Umi bawa Rayyan keluar dari rumah. Rayyan pergi Putrajaya. Tok Cu kata dia kerja kat Putrajaya. Tapi semalam Rayyan tak pergi pejabat Tok Cu, tapi Rayyan pergi pusat membeli belah yang ada kat situ. Umi kata pusat membeli belah tu namanya Alamanda. Semalam Umi beli pampers Rayyan yang dah kehabisan stok.

Tapi seperti biasalah, Rayyan memang memang pejam mata saja bila jalan. Masih banyak cahaya yang membuatkan pandangan Rayyan jadi silau. Jadi, lebih baik Rayyan pejam mata saja. Tambahan pula Rayyan masih kecil dan tak boleh jalan lagi. Jadi Umi gilir-gilir dengan Abi dukung Rayyan. Tak sabar rasanya Rayyan nak jalan sendiri. Boleh pergi mana saja yang Rayyan suka.. hehehe...

Sebelum tu Rayyan teman Abi pergi klinik gigi. Abi nak cek gigi dia. Tak ada apa-apa. Semuanya baik-baik saja.

OKlah semua Ammi, Ammati dan peminat-peminat Rayyan (Rayyan ada peminat ke? hehehe...), Tok Cu kata dia dah sakit tengkok sebab hari ni seharian Tok Cu mengadap laptop siapkan kerja. Nanti bila Tok Cu free Rayyan minta dia update lagi blog Rayyan ni ya.

Jumpa lagi!



Salam sayang.
Rayyan




Oleh: Tok Cu

Friday 6 November 2009

Rambut Rayyan Dicukur

Posted by Rayyan Fathi at 03:18 0 comments

Rayyan lupa nak tunjuk gambar kepala Rayyan di botakkan. Ammi Fawwaz yang cukur rambut Rayyan sampai botak. Tok Nek riba Rayyan masa Ammi Fawwaz cukur. Hehehe... Rayyan tak sedar pun masa tu. Rayyan tahu kepala Rayyan dah botak bila Rayyan rasa kepala Rayyan macam sejuk jer bila kena angin. Masa tu baru Rayyan tahu rambut Rayyan dah botak. Tak apa, nanti Rayyan dapat rambut baru. (",).

Thursday 5 November 2009

Dukung Rayyan

Posted by Rayyan Fathi at 06:07 0 comments
Semua orang nak dukung Rayyan. Seronoknyaaa.. Tak percaya? Tengoklah ni... tadaaaaaaaaaaa...

Rayyan dalam dakapan Tok Nek, Atuk dan Jaddati. Seronokkkk...

Haaaa.. ni pula Rayyan didukung oleh Ammati Yaya dan Ammi Faiz... Seronok tau bila semua orang nak dukung... Hehehe...

1st Outing

Posted by Rayyan Fathi at 05:33 0 comments
Assalamua'alaikum dan salam penuh kasih sayang buat semua...

Malam ini Tok Cu dah berjaya upload collages yang dia buat hari tu. Terima kasih Tok Cu. Rayyan pun tak tahu macam mana Tok Cu buat. Tapi Tok Cu kata dah OK. (",).

Malam ni Rayyan nak kongsi cerita Rayyan keluar dari rumah kali pertama. Hari Sabtu lepas Abi dan Umi bawa Rayyan ke Hentian Duta hantar Tok Nek, Tok Cu dan Kakak Diana balik kampung. Rayyan sedih juga Tok Nek dah nak balik kampung. Tapi tak apa, nanti raya haji Rayyan balik kampung. Rayyan tak sabar juga nak jalan jauh ni. Hehehe...

Rayyan duduk atas riba TokNek saja sepanjang satu jam Rayyan di sana. Umi bagi Rayyan pakai baju apolo. Rayyan pun tak tahu apolo tu apa. Nanti Rayyan besar Rayyan cek ensiklopedia yer. Tapi oleh kerana Rayyan akan terdedah dengan habuk dan banyak virus yang di luar sana tu, jadi Umi bagi Rayyan pakai baju yang tutup litup ni. hhehehe... Rayyan selesa jer pakai baju ni. Boleh tidur lenaaaa.. ZZZZZZzzzzzzzzzz...

Semua orang cium Rayyan. Tok Nek cium Rayyan, Kakak Diana cium Rayyan. Tok Cu pun cium Rayyan juga. Tapi tak adalah gambar Tok Cu tengah cium Rayyan sebab tak ada orang nak ambil gambar dia. Sian Tok Cu. Selalu tak masuk dalam gambar... hehehe... Masa nak naik bas tu, Rayyan nampak Tok Nek nangis. Umi pun nangis juga. Tapi diorang nangis sambil gelak-gelak. Hmmm... Rayyan pun tak faham kenapa diorang nangis. Tapi diorang gelak-gelak saja, mungkin tak ada apa-apa la kot...
Bila bas dah nak gerak, Rayyan pun lambai-lambai diorang sebagai tanda perpisahan. Tapi Abi yang kena angkat tangan Rayyan untuk lambai sebab Rayyan tak larat nak buka mata sangat masa tu. Ngantuk sangat dahhhh...

Okaylah, nanti Rayyan cerita lagi ya. Selamat malam semua. Sebelum tidur jangan lupa baca doa. Moga mimpi indah-indah ya.

Salam.



Sayang,
Rayyan.


Oleh: Tok Cu

Kenangan I...

Posted by Rayyan Fathi at 05:18 0 comments
Akhirnya Tok Cu berjaya juga upload collages tu. ini gambar Sekitar malam akikah Rayyan dan majlis pengumuman nama Rayyan... Inilah kenduri pertama yang Rayyan hadiri. Walaupun Rayyan tidur saja pada malam tu, tapi Rayyan dapat rasakan juga kemeriahannya. hehe..

Tuesday 3 November 2009

Naura Auni binti Farid

Posted by Rayyan Fathi at 06:57 0 comments
Assalamua'laikum...

Malam ni Rayyan nak kongsi berita gembira. Rayyan dapat sepupu! NAURA AUNI namanya. Tok Cu kata sedap nama tu. Makna pun sedap. CAHAYA PERTOLONGANKU. Bolehlah nanti Naura tolong Rayyan bila Rayyan susah yer. hehehe...

Tok Cu kata bila dengar nama Naura Auni, dia teringat satu cerpen yang pernah diterbitkannya dalam majalah Pendidik beberapa bulan lepas yang berjudul Auni Nasi Ayam hasil tulisan Aunty Noor Suraya. Tapi Rayyan rasa Naura tentu tak pandai makan nasi ayam tapi mungkin Naura pandai makan nasi arab, kan? Sebab Naura lahir kat Jordan. hehehe...

Oklah, Rayyan rasa Tok Cu dah ngantuk. Blogspot ni buat hal tak boleh upload gambar collages yang Tok Cu buat. Rayyan pun tak tahu collages tu apa. Biarlah Tok Cu yang selesaikannya. Hehehe...

Rayyan tidur dulu ya. Selamat malam semua. Mimpi indah-indah ya.

Salam.



-Rayyan-

Oleh: Tok Cu

Majlis Akikah Rayyan

Posted by Rayyan Fathi at 06:02 0 comments
Assalamua'laikum...

Hari ini Rayyan minta tolong TokCu update cerita malam akikah dan juga majlis pengumuman nama penuh Rayyan. Hehehe... Tok Cu kata dia rajin nak update blog malam ini.

Majlis akikah dan pengumuman nama Rayyan diadakan pada genap hari ketujuh Rayyan dilahirkan.

Majlis pada malam itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan doa dari Jaddi. Rayyan sangat terharu mendengar doa yang dibaca oleh Jaddi. Semua yang hadir turut mengaminkan doa itu. Rayyan janji akan jadi anak yang soleh dan tidak menghampakan semua.
Kemudian mic diserahkan kepada Abi. Abi terus menceritakan kronologi pencarian nama Rayyan dan akhirnya nama penuh Rayyan pun Abi umumkan. Semua orang berdebar nak tahu nama penuh Rayyan. Hehehe.. Nama penuh Rayyan adalah HARIS RAYYAN BIN FATHI yang bermaksud PENJAGA PINTU SYURGA. Sebagai penjaga pintu syurga, Rayyan juga mestilah masuk syurga. Untuk masuk syurga, Tok Cu kata Rayyan kena jadi anak yang soleh dan hamba yang taat. Rayyan akan belajar untuk merealisasikannya... hehehe..(",).

Masa ni Rayyan pejam mata rapat baring diam-diam sambil dengar Jaddi dan Abi berucap. Rayyan bukan tidur tau, tapi Rayyan sedang menghayati segala ucapan yang diberikan tu....

Selepas majlis dah hampir tamat, Rayyan ambil peluang bergambar dengan TokNek, Tok Cu, Kakak Diana dan Abang Fikri. (",). Tapi Rayyan tak sempat nak bergambar dengan semua family sebab semua orang sibuk melayan tetamu pada malam tu...


Akhir sekali Rayyan sempat jugalah possing dengan Umi. Masa ni semua orang dah balik kot rasanya. Rayyan pun dah nak masuk bilik nak sambung tidur dah nih...


Oklah, nanti Rayyan minta Tok Cu update lagi. Tok Cu sedang cari jalan penyelesaian untuk upload juga collages yang dia dah buat tu. Esok katanya... hehehe...

Salam sayang,
Rayyan


Oleh: Tok Cu

Thursday 29 October 2009

Rayyan Gembira...

Posted by Rayyan Fathi at 07:13 0 comments
Salam buat semua...

Sudah lama juga blog Rayyan tak di kemas kini. Rayyan tengok semua orang busy. Abi busy dengan kerja dan study, Tok Cu busy keja dan exam, umi pun busy juga: busy jaga Rayyan - susukan Rayyan, mandikan Rayyan, bersihkan Rayyan, pakaikan baju untuk Rayyan dan berjaga malam sama-sama dengan Rayyan. hehehehe...

Banyak gambar dan cerita yang Rayyan nak kongsikan. Tapi oleh kerana semua orang busy, Rayyan terpaksa pendamkan dulu hasrat ni. Tunggu hingga semua orang tak busy baru Rayyan minta blog ni di update betul-betul, ya....

Tapi malam ni Rayyan nak kongsi kegembiraan dapat jumpa Atuk dan TokNek serta kakak Diana dari Kedah. Mereka datang jumpa Rayyan sehari sebelum Rayyan di akikahkan. Cerita malam akikah dan majlis pengumuman nama penuh Rayyan nanti Tok Cu update kemudian, ya. Tentu semua orang ternanti-nanti nak tahu nama penuh Rayyan, kan? hehehe... Tungguuuuuu...

Ini posisi kegemaran Rayyan ketika tidur.

Kakak Diana dan Atuk datang lawat Rayyan. Atuk sedang memerhatikan jari-jari Rayyan. Atuk kata jari Rayyan panjang. Tapi Rayyan tak larat nak buka mata sangat-sangat. Tak tahu kenapa, memang rasa nak pejammmm saja mata nih...
Hehehe... Kakak Diana kena paksa dengan Tok Cu untuk possing sebelah Rayyan. Comel!
Kakak Diana tengok Rayyan sedang berehat di ruang tamu...
Hehehe.. Rayyan seronok Atuk dukung Rayyan...
TokNek pun dukung Rayyan juga.. seronoknyaaaaaaa semua orang nak dukung Rayyan.. hehehe...

OKaylah, nanti Rayyan minta TokCu update cerita malam akikah dan majlis pengumuman nama penuh Rayyan pula ya.

Salam sayang
Rayyan.


Oleh: TokCu

Sunday 11 October 2009

Inikah Dunia?

Posted by Rayyan Fathi at 23:26 0 comments
Assalamua'laikum...

Wahhh!!! Begini rupanya dunia.

Rayyan sudah selamat lahir ke dunia. Sebenarnya doktor jangka Rayyan akan lahir pada 25 Oktober nanti. Tapi Rayyan yang dah tak sabar nak keluar dari perut Umi untuk bertemu semua. Heheh...

Pertama sekali Rayyan ingin ucapkan terima kasih buat Umi kerana bersabung nyawa untuk melahirkan Rayyan. Buat Abi yang juga menjadi penguat semangat untuk Umi dan tetap setia menemani Umi dalam labor room hingga Rayyan lahir.

Rayyan sangat seronok dapat bertemu semua. Cuma Rayyan belum dapat jumpa Atuk dan Nenek dari Kedah. Atuk tak dapat tinggalkan Aunty Adibah dan Uncle Qaiyum yang sedang menduduki peperiksaan penting. Tok Cu kata Nenek dah tak sabar nak datang. Dia sanggup ambil flight sorang-sorang datang sini. Tapi semua orang yang risau pula Nenek nak datang sorang-sorang. Jadi Nenek terpaksa tunggu Atuk juga.

Tak apa... Atuk dan Nenek jangan risau. Rayyan sihat-sihat saja. Abi dan Umi serta Jaddi dan Jaddati ada kat sini. Okaylah, Rayyan penat. Tak larat nak celoteh panjang lagi. Rayyan nak sambung tidur. Selamat menikmati wajah-wajah Rayyan ya. (Rayyan rasa sangat glamour sebab semua orang yang datang tengok Rayyan mesti ambil gambar Rayyan dan berebut-rebut nak bergambar bersama Rayyan). Hehehe...

Ini wajah Rayyan selepas satu jam dilahirkan. Rayyan baru keluar dari labor room. Rayyan tengah berdebar juga time ni. Rayyan sempat jeling kat TokCu yang ada di sebelah. Dia tengah excited nak ambil gambar Rayyan. (",).

Rayyan cuak ni. Tak tahu nurse tu nak bawa Rayyan pergi mana. Umi masih ada dalam labor room. Tapi mujur Rayyan nampak Abi, Jaddati dan TokCu kat depan bilik tu. Jaddati dan TokCu cium pipi Rayyan. hehehe...

Jaddi tahnik Rayyan. Rayyan harap moga satu hari nanti Rayyan akan petah berbicara dan berceramah macam Jaddi... Ameen... (",)

Jaddi tengah berdoa untuk Rayyan. Rayyan janji akan jadi anak yang soleh dan berbakti untuk agama dan ummah bila dah besar nanti...

Lepas tu, apa lagi... Rayyan pun continue tidur. Pandangan Rayyan masih berbalam-balam. Terlalu banyak cahaya. Rayyan belum biasa dengan kapasiti cahaya yang terlalu tinggi ni sebab duduk dalam perut Umi tak banyak cahaya macam sekarang. Jadi lebih baik Rayyan pejam mata saja lah... (",).

Begitulah kisah Rayyan dalam sehari ni. Masih belum banyak pengalaman yang Rayyan lalui. Tok Cu kata dia tak banyak sangat gambar Rayyan. Sebab cybershoot dia meragam. (Rayyan pun tak pasti cybershoot tu apa). Banyak gambar Rayyan dalam camera Abi. Nanti Rayyan suruh Abi upload lebih banyak cerita dan gambar, yer... Sekarang Abi sibuk dengan urusan-urusan untuk pendaftaran Rayyan dan sebagainya.

Salam.



-Rayyan-

Oleh: Tok Cu.


Thursday 8 October 2009

Tilam Baru

Posted by Rayyan Fathi at 18:22 0 comments
Assalamua'laikum semua...

Ini adalah entry kedua dari Rayyan sejak blog ini di reka oleh TokCu. (",).

Rayyan sedang menunggu hari untuk keluar ke dunia bertemu semua. Doakan Rayyan dan Umi selamat ya. Hari ini Rayyan hendak kongsi kegembiraan dapat tilam baru. Semalam TokCu pergi shopping. Tiba-tiba dia ternampak satu set tilam dan bantal yang cantik. TokCu pun belilah untuk Rayyan.

Umi kata Jaddati pun dah beli tilam untuk Rayyan juga. Semuanya in blue. Sekarang Rayyan ada dua tilam. Seronoknyaaaaa.. boleh tidur tukar-tukar tilam hari-hari. Sebab nanti memang kerja Rayyan tidur jer sepanjang hari sementara nak tunggu Rayyan dapat skill-skill lain. Hehe..

Sekarang ni TokCu kata dia tak boleh tengok barang baby. Semuanya rasa nak beli untuk Rayyan. Seronoknyaaaaaaaa... (“,). TokCu nanti belikan Rayyan baju yang cantik-cantik ya. Hehehe....


Terima kasih TokCu. Rayyan suka sangat tilam ni. Umi pun excited tengok tilam ni. Tapi sorrylah Umi, tilam ni untuk Rayyan... tak muat untuk Umi tidur ya.. (",).



-Rayyan-

Oleh: TokCu

Sunday 6 September 2009

Salam kenal...

Posted by Rayyan Fathi at 17:34 0 comments
Assalamualaikum semua...

Saya Rayyan... (",)

Semasa entry ini ditulis, Rayyan masih berada dalam perut Umi. InsyaAllah lebih kurang beberapa minggu lagi Rayyan akan lahir ke dunia. Tapi TokCu sudah teruja untuk melakarkan sesuatu di dalam blog Rayyan ini. Nama ini pun belum confirm lagi. Tapi Rayyan harap nama ini akan diberikan pada Rayyan bila Rayyan lahir ke dunia nanti. (",).

Tok Cu kata nanti blog ini akan diumumkan ke seantero dunia sejurus selepas Rayyan lahir. Terima kasih Tok Cu...

Nantikan kelahiran Rayyan dengan penuh kasih sayang, ya...


Salam.

-Rayyan-

Oleh: Tok Cu


 

Haris Rayyan Fathi Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez