Tuesday 3 November 2009

Majlis Akikah Rayyan

Posted by Rayyan Fathi at 06:02
Assalamua'laikum...

Hari ini Rayyan minta tolong TokCu update cerita malam akikah dan juga majlis pengumuman nama penuh Rayyan. Hehehe... Tok Cu kata dia rajin nak update blog malam ini.

Majlis akikah dan pengumuman nama Rayyan diadakan pada genap hari ketujuh Rayyan dilahirkan.

Majlis pada malam itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan doa dari Jaddi. Rayyan sangat terharu mendengar doa yang dibaca oleh Jaddi. Semua yang hadir turut mengaminkan doa itu. Rayyan janji akan jadi anak yang soleh dan tidak menghampakan semua.
Kemudian mic diserahkan kepada Abi. Abi terus menceritakan kronologi pencarian nama Rayyan dan akhirnya nama penuh Rayyan pun Abi umumkan. Semua orang berdebar nak tahu nama penuh Rayyan. Hehehe.. Nama penuh Rayyan adalah HARIS RAYYAN BIN FATHI yang bermaksud PENJAGA PINTU SYURGA. Sebagai penjaga pintu syurga, Rayyan juga mestilah masuk syurga. Untuk masuk syurga, Tok Cu kata Rayyan kena jadi anak yang soleh dan hamba yang taat. Rayyan akan belajar untuk merealisasikannya... hehehe..(",).

Masa ni Rayyan pejam mata rapat baring diam-diam sambil dengar Jaddi dan Abi berucap. Rayyan bukan tidur tau, tapi Rayyan sedang menghayati segala ucapan yang diberikan tu....

Selepas majlis dah hampir tamat, Rayyan ambil peluang bergambar dengan TokNek, Tok Cu, Kakak Diana dan Abang Fikri. (",). Tapi Rayyan tak sempat nak bergambar dengan semua family sebab semua orang sibuk melayan tetamu pada malam tu...


Akhir sekali Rayyan sempat jugalah possing dengan Umi. Masa ni semua orang dah balik kot rasanya. Rayyan pun dah nak masuk bilik nak sambung tidur dah nih...


Oklah, nanti Rayyan minta Tok Cu update lagi. Tok Cu sedang cari jalan penyelesaian untuk upload juga collages yang dia dah buat tu. Esok katanya... hehehe...

Salam sayang,
Rayyan


Oleh: Tok Cu

0 comments:

Post a Comment

 

Haris Rayyan Fathi Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez