Thursday 5 November 2009

1st Outing

Posted by Rayyan Fathi at 05:33
Assalamua'alaikum dan salam penuh kasih sayang buat semua...

Malam ini Tok Cu dah berjaya upload collages yang dia buat hari tu. Terima kasih Tok Cu. Rayyan pun tak tahu macam mana Tok Cu buat. Tapi Tok Cu kata dah OK. (",).

Malam ni Rayyan nak kongsi cerita Rayyan keluar dari rumah kali pertama. Hari Sabtu lepas Abi dan Umi bawa Rayyan ke Hentian Duta hantar Tok Nek, Tok Cu dan Kakak Diana balik kampung. Rayyan sedih juga Tok Nek dah nak balik kampung. Tapi tak apa, nanti raya haji Rayyan balik kampung. Rayyan tak sabar juga nak jalan jauh ni. Hehehe...

Rayyan duduk atas riba TokNek saja sepanjang satu jam Rayyan di sana. Umi bagi Rayyan pakai baju apolo. Rayyan pun tak tahu apolo tu apa. Nanti Rayyan besar Rayyan cek ensiklopedia yer. Tapi oleh kerana Rayyan akan terdedah dengan habuk dan banyak virus yang di luar sana tu, jadi Umi bagi Rayyan pakai baju yang tutup litup ni. hhehehe... Rayyan selesa jer pakai baju ni. Boleh tidur lenaaaa.. ZZZZZZzzzzzzzzzz...

Semua orang cium Rayyan. Tok Nek cium Rayyan, Kakak Diana cium Rayyan. Tok Cu pun cium Rayyan juga. Tapi tak adalah gambar Tok Cu tengah cium Rayyan sebab tak ada orang nak ambil gambar dia. Sian Tok Cu. Selalu tak masuk dalam gambar... hehehe... Masa nak naik bas tu, Rayyan nampak Tok Nek nangis. Umi pun nangis juga. Tapi diorang nangis sambil gelak-gelak. Hmmm... Rayyan pun tak faham kenapa diorang nangis. Tapi diorang gelak-gelak saja, mungkin tak ada apa-apa la kot...
Bila bas dah nak gerak, Rayyan pun lambai-lambai diorang sebagai tanda perpisahan. Tapi Abi yang kena angkat tangan Rayyan untuk lambai sebab Rayyan tak larat nak buka mata sangat masa tu. Ngantuk sangat dahhhh...

Okaylah, nanti Rayyan cerita lagi ya. Selamat malam semua. Sebelum tidur jangan lupa baca doa. Moga mimpi indah-indah ya.

Salam.



Sayang,
Rayyan.


Oleh: Tok Cu

0 comments:

Post a Comment

 

Haris Rayyan Fathi Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez