Friday 13 November 2009

Hadiah Mingguan

Posted by Rayyan Fathi at 15:15
Assalamua'laikum dan salam hujung minggu...

Semoga kita semua dirahmati dengan kebahagiaan dan keberkatan yang berpanjangan.

Pagi ini Rayyan kejut Tok Cu bangun awal. Jam 7.30am Rayyan dah minta Tok Cu update blog Rayyan sebab Rayyan dah teruja sangat nak kongsi kegembiraan Rayyan ni. Lagipun, nanti pukul 8.00am TokCu kata dia nak keluar pergi Proton. Rayyan pun tak tahu Proton tu apa. Tapi, tak apalah. Nanti Rayyan minta TokCu bawa Rayyan pergi sana satu hari nanti.

Ok, Rayyan nak kongsi kegembiraan Rayyan dapat hadiah lagi! Seronoklah jadi baby ni. Semua orang sayang, selalu dapat hadiah best-best!...

Rayyan dapat hadiah stocking dan baju lagi! Seronoknya! Rayyan dah banyak baju baru. Boleh selalu tukar baju. Lagipun TokCu kata baby memang kena tukar baju selalu sebab antibody baby belum kuat. Jadi, baby akan cepat alergic dengan virus yang melekat pada baju. Jadi, baby kena selalu bersih dan pakai baju baru. (Baru dalam erti kata baju yang bersih di cuci) hehehe... Kali ini Rayyan dapat weekly baby onesie. Pada setiap baju tu dah tertulis siap-siap harinya. Jadi, Rayyan boleh tahu Rayyan nak pakai baju tu pada hari apa. Tak payah nak pening-pening fikir. Rayyan tak kenal siapa yang bagi hadiah ini. Tapi, walau siapa pun, Rayyan tetap hargai tanda ingatan ini dan ucapkan ribuan terima kasih pada pemberi hadiah. Terima kasih! Opsss!!! ada lagi satu....

Haaa.. ini pula hadiah dari TokCu. TokCu kata dia beli baju sejuk untuk Rayyan sebab baby tak boleh terlalu sejuk. Oleh kerana lepas ni Rayyan akan selalu keluar dari rumah, jadi TokCu belikan baju sejuk ni untuk Rayyan. Tapi Rayyan belum dapat lagi baju ni. TokCu masih busy sekarang jadi tak sempat nak jumpa Rayyan lagi. Tapi, walaupun belum dapat, Rayyan ucap terima kasih jugalah kat TokCu. Mwahhh!!!

OKlah, Rayyan dah nak mandi. Nanti Rayyan kongsi lagi cerita terkini.

Bye!

Salam,
Rayyan.

0 comments:

Post a Comment

 

Haris Rayyan Fathi Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez