Sudah lama juga blog Rayyan tak di kemas kini. Rayyan tengok semua orang busy. Abi busy dengan kerja dan study, Tok Cu busy keja dan exam, umi pun busy juga: busy jaga Rayyan - susukan Rayyan, mandikan Rayyan, bersihkan Rayyan, pakaikan baju untuk Rayyan dan berjaga malam sama-sama dengan Rayyan. hehehehe...
Banyak gambar dan cerita yang Rayyan nak kongsikan. Tapi oleh kerana semua orang busy, Rayyan terpaksa pendamkan dulu hasrat ni. Tunggu hingga semua orang tak busy baru Rayyan minta blog ni di update betul-betul, ya....
Tapi malam ni Rayyan nak kongsi kegembiraan dapat jumpa Atuk dan TokNek serta kakak Diana dari Kedah. Mereka datang jumpa Rayyan sehari sebelum Rayyan di akikahkan. Cerita malam akikah dan majlis pengumuman nama penuh Rayyan nanti Tok Cu update kemudian, ya. Tentu semua orang ternanti-nanti nak tahu nama penuh Rayyan, kan? hehehe... Tungguuuuuu...
Kakak Diana dan Atuk datang lawat Rayyan. Atuk sedang memerhatikan jari-jari Rayyan. Atuk kata jari Rayyan panjang. Tapi Rayyan tak larat nak buka mata sangat-sangat. Tak tahu kenapa, memang rasa nak pejammmm saja mata nih...
TokNek pun dukung Rayyan juga.. seronoknyaaaaaaa semua orang nak dukung Rayyan.. hehehe...
OKaylah, nanti Rayyan minta TokCu update cerita malam akikah dan majlis pengumuman nama penuh Rayyan pula ya.
Salam sayang
Rayyan.
Oleh: TokCu
Salam sayang
Rayyan.
Oleh: TokCu
0 comments:
Post a Comment