Wahhh!!! Begini rupanya dunia.
Rayyan sudah selamat lahir ke dunia. Sebenarnya doktor jangka Rayyan akan lahir pada 25 Oktober nanti. Tapi Rayyan yang dah tak sabar nak keluar dari perut Umi untuk bertemu semua. Heheh...
Pertama sekali Rayyan ingin ucapkan terima kasih buat Umi kerana bersabung nyawa untuk melahirkan Rayyan. Buat Abi yang juga menjadi penguat semangat untuk Umi dan tetap setia menemani Umi dalam labor room hingga Rayyan lahir.
Rayyan sangat seronok dapat bertemu semua. Cuma Rayyan belum dapat jumpa Atuk dan Nenek dari Kedah. Atuk tak dapat tinggalkan Aunty Adibah dan Uncle Qaiyum yang sedang menduduki peperiksaan penting. Tok Cu kata Nenek dah tak sabar nak datang. Dia sanggup ambil flight sorang-sorang datang sini. Tapi semua orang yang risau pula Nenek nak datang sorang-sorang. Jadi Nenek terpaksa tunggu Atuk juga.
Tak apa... Atuk dan Nenek jangan risau. Rayyan sihat-sihat saja. Abi dan Umi serta Jaddi dan Jaddati ada kat sini. Okaylah, Rayyan penat. Tak larat nak celoteh panjang lagi. Rayyan nak sambung tidur. Selamat menikmati wajah-wajah Rayyan ya. (Rayyan rasa sangat glamour sebab semua orang yang datang tengok Rayyan mesti ambil gambar Rayyan dan berebut-rebut nak bergambar bersama Rayyan). Hehehe...

Begitulah kisah Rayyan dalam sehari ni. Masih belum banyak pengalaman yang Rayyan lalui. Tok Cu kata dia tak banyak sangat gambar Rayyan. Sebab cybershoot dia meragam. (Rayyan pun tak pasti cybershoot tu apa). Banyak gambar Rayyan dalam camera Abi. Nanti Rayyan suruh Abi upload lebih banyak cerita dan gambar, yer... Sekarang Abi sibuk dengan urusan-urusan untuk pendaftaran Rayyan dan sebagainya.
Salam.
-Rayyan-
Oleh: Tok Cu.
Salam.
-Rayyan-
Oleh: Tok Cu.
0 comments:
Post a Comment