Thursday, 29 October 2009

Rayyan Gembira...

Posted by Rayyan Fathi at 07:13 0 comments
Salam buat semua...

Sudah lama juga blog Rayyan tak di kemas kini. Rayyan tengok semua orang busy. Abi busy dengan kerja dan study, Tok Cu busy keja dan exam, umi pun busy juga: busy jaga Rayyan - susukan Rayyan, mandikan Rayyan, bersihkan Rayyan, pakaikan baju untuk Rayyan dan berjaga malam sama-sama dengan Rayyan. hehehehe...

Banyak gambar dan cerita yang Rayyan nak kongsikan. Tapi oleh kerana semua orang busy, Rayyan terpaksa pendamkan dulu hasrat ni. Tunggu hingga semua orang tak busy baru Rayyan minta blog ni di update betul-betul, ya....

Tapi malam ni Rayyan nak kongsi kegembiraan dapat jumpa Atuk dan TokNek serta kakak Diana dari Kedah. Mereka datang jumpa Rayyan sehari sebelum Rayyan di akikahkan. Cerita malam akikah dan majlis pengumuman nama penuh Rayyan nanti Tok Cu update kemudian, ya. Tentu semua orang ternanti-nanti nak tahu nama penuh Rayyan, kan? hehehe... Tungguuuuuu...

Ini posisi kegemaran Rayyan ketika tidur.

Kakak Diana dan Atuk datang lawat Rayyan. Atuk sedang memerhatikan jari-jari Rayyan. Atuk kata jari Rayyan panjang. Tapi Rayyan tak larat nak buka mata sangat-sangat. Tak tahu kenapa, memang rasa nak pejammmm saja mata nih...
Hehehe... Kakak Diana kena paksa dengan Tok Cu untuk possing sebelah Rayyan. Comel!
Kakak Diana tengok Rayyan sedang berehat di ruang tamu...
Hehehe.. Rayyan seronok Atuk dukung Rayyan...
TokNek pun dukung Rayyan juga.. seronoknyaaaaaaa semua orang nak dukung Rayyan.. hehehe...

OKaylah, nanti Rayyan minta TokCu update cerita malam akikah dan majlis pengumuman nama penuh Rayyan pula ya.

Salam sayang
Rayyan.


Oleh: TokCu

Sunday, 11 October 2009

Inikah Dunia?

Posted by Rayyan Fathi at 23:26 0 comments
Assalamua'laikum...

Wahhh!!! Begini rupanya dunia.

Rayyan sudah selamat lahir ke dunia. Sebenarnya doktor jangka Rayyan akan lahir pada 25 Oktober nanti. Tapi Rayyan yang dah tak sabar nak keluar dari perut Umi untuk bertemu semua. Heheh...

Pertama sekali Rayyan ingin ucapkan terima kasih buat Umi kerana bersabung nyawa untuk melahirkan Rayyan. Buat Abi yang juga menjadi penguat semangat untuk Umi dan tetap setia menemani Umi dalam labor room hingga Rayyan lahir.

Rayyan sangat seronok dapat bertemu semua. Cuma Rayyan belum dapat jumpa Atuk dan Nenek dari Kedah. Atuk tak dapat tinggalkan Aunty Adibah dan Uncle Qaiyum yang sedang menduduki peperiksaan penting. Tok Cu kata Nenek dah tak sabar nak datang. Dia sanggup ambil flight sorang-sorang datang sini. Tapi semua orang yang risau pula Nenek nak datang sorang-sorang. Jadi Nenek terpaksa tunggu Atuk juga.

Tak apa... Atuk dan Nenek jangan risau. Rayyan sihat-sihat saja. Abi dan Umi serta Jaddi dan Jaddati ada kat sini. Okaylah, Rayyan penat. Tak larat nak celoteh panjang lagi. Rayyan nak sambung tidur. Selamat menikmati wajah-wajah Rayyan ya. (Rayyan rasa sangat glamour sebab semua orang yang datang tengok Rayyan mesti ambil gambar Rayyan dan berebut-rebut nak bergambar bersama Rayyan). Hehehe...

Ini wajah Rayyan selepas satu jam dilahirkan. Rayyan baru keluar dari labor room. Rayyan tengah berdebar juga time ni. Rayyan sempat jeling kat TokCu yang ada di sebelah. Dia tengah excited nak ambil gambar Rayyan. (",).

Rayyan cuak ni. Tak tahu nurse tu nak bawa Rayyan pergi mana. Umi masih ada dalam labor room. Tapi mujur Rayyan nampak Abi, Jaddati dan TokCu kat depan bilik tu. Jaddati dan TokCu cium pipi Rayyan. hehehe...

Jaddi tahnik Rayyan. Rayyan harap moga satu hari nanti Rayyan akan petah berbicara dan berceramah macam Jaddi... Ameen... (",)

Jaddi tengah berdoa untuk Rayyan. Rayyan janji akan jadi anak yang soleh dan berbakti untuk agama dan ummah bila dah besar nanti...

Lepas tu, apa lagi... Rayyan pun continue tidur. Pandangan Rayyan masih berbalam-balam. Terlalu banyak cahaya. Rayyan belum biasa dengan kapasiti cahaya yang terlalu tinggi ni sebab duduk dalam perut Umi tak banyak cahaya macam sekarang. Jadi lebih baik Rayyan pejam mata saja lah... (",).

Begitulah kisah Rayyan dalam sehari ni. Masih belum banyak pengalaman yang Rayyan lalui. Tok Cu kata dia tak banyak sangat gambar Rayyan. Sebab cybershoot dia meragam. (Rayyan pun tak pasti cybershoot tu apa). Banyak gambar Rayyan dalam camera Abi. Nanti Rayyan suruh Abi upload lebih banyak cerita dan gambar, yer... Sekarang Abi sibuk dengan urusan-urusan untuk pendaftaran Rayyan dan sebagainya.

Salam.



-Rayyan-

Oleh: Tok Cu.


Thursday, 8 October 2009

Tilam Baru

Posted by Rayyan Fathi at 18:22 0 comments
Assalamua'laikum semua...

Ini adalah entry kedua dari Rayyan sejak blog ini di reka oleh TokCu. (",).

Rayyan sedang menunggu hari untuk keluar ke dunia bertemu semua. Doakan Rayyan dan Umi selamat ya. Hari ini Rayyan hendak kongsi kegembiraan dapat tilam baru. Semalam TokCu pergi shopping. Tiba-tiba dia ternampak satu set tilam dan bantal yang cantik. TokCu pun belilah untuk Rayyan.

Umi kata Jaddati pun dah beli tilam untuk Rayyan juga. Semuanya in blue. Sekarang Rayyan ada dua tilam. Seronoknyaaaaa.. boleh tidur tukar-tukar tilam hari-hari. Sebab nanti memang kerja Rayyan tidur jer sepanjang hari sementara nak tunggu Rayyan dapat skill-skill lain. Hehe..

Sekarang ni TokCu kata dia tak boleh tengok barang baby. Semuanya rasa nak beli untuk Rayyan. Seronoknyaaaaaaaa... (“,). TokCu nanti belikan Rayyan baju yang cantik-cantik ya. Hehehe....


Terima kasih TokCu. Rayyan suka sangat tilam ni. Umi pun excited tengok tilam ni. Tapi sorrylah Umi, tilam ni untuk Rayyan... tak muat untuk Umi tidur ya.. (",).



-Rayyan-

Oleh: TokCu
 

Haris Rayyan Fathi Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez