Sunday 27 March 2011

Cerita Haris Rayyan ...

Posted by Rayyan Fathi at 04:42 0 comments
Sudah lama Ucu tak update blog Rayyan. Mungkin sudah hampir setahun agaknya.

Ucu busy sangat. (Tapi Ucu tak suka ngaku dia busy dan tak suka orang cakap dia busy).

Hari ini Rayyan tengok Ucu busy juga. Macam-macam kerja dia buat. Daripada jadi 'tukang masak', tukang sapu, tukang kemas, tukang cuci pinggan, tukang bawa kereta [driver], pendek kata semua tukang, lah.

Tapi lepas Rayyan kenyit-kenyit mata kat Ucu.. akhirnya Ucu update juga blog Rayyan yang sudah jadi hutan rimba dengan semak samun ini.

Tapi Ucu kata, dia nak update blog Rayyan hari ini dengan gambar-gambar jerlah. Gambar-gambar ini Ucu ambil pagi tadi, daripada mula Rayyan belum mandi dan masih dengan baju tidur sambil jadi pembantu Ucu sapu sampah dalam rumah, hinggalah Rayyan hantar Tok Nab kat Hentian Duta dan jadi 'engineer' cek paip bomba.

Tapi Ucu frust juga, camera cap ayam dia tak dapat bagi effect yang menarik. Apa-apapun Ucu sayang camera cap ayam dia tu. Tapi Ucu masih bertanya juga, bilalah Ucu nak dapat DSLR idamannya itu? Ucu kata nanti dia kahwin, dia tak mahu minta gelang-rantai-berlian tapi dia nak minta DSLR dalam dulang hantaran dia nanti. Bagi DSLR complete set pun OK. Tak perlu banyak-banyak dulang. 3-5 dulang pun dah cukup. Tak perlu bagi coklat-kasut-handbag-perfume - segala bagai barang wanita itu. Itu semua Ucu boleh beli sendiri yang murah-murah jer. Tapi, bagi set DSLR cukup lah. Hahaha... Siapalah agaknya jejaka bertuah yang akan berikan hantaran itu pada Ucu ya?

Rayyan doakan 11.11.11 ya Ucu... Ameennnnnnnn...



Rayyan tolong Ucu sapu sampah. Tapi semua aksi Rayyan menyapu yang lain-lain Ucu tak sempat rakam sebab bateri camera Ucu habis pula. Haishhh Ucu ni lah... Adeiiii...


Oleh kerana Rayyan jadi orang pertama yang bersiap dan sudah sedia untuk keluar, jadi Rayyan kena ambil angin kat tepi tingkap rumah Ucu dulu sementara tunggu TokNab - Umi - Ucu bersiap pula..


Penatlah tunggu lama sangat...


Panjat pumpkin chair pula lah...


Umi pegang apa itu?


Abi dan Tok Nab sedang diskusi politik. Rayyan dengar dia orang sebut pasal pilihanraya di S*r*w*k. bla..bla..yada..yada...


Uyeh! Tok Nab bagi roti...


Sedihlah Tok Nab dah nak balik... :-(

Opsss!! Ucu kata nanti dia continue cerita Rayyan jadi 'engineer' cek paip bomba kat Hent. Duta itu. Sekarang Ucu nak continue kemas bilik kerja dia yang sudah **tuttttt* [bersepah & disepahkan]

To be continued...

Saturday 24 July 2010

Rayyan balik kampung lagi...

Posted by Rayyan Fathi at 23:41 0 comments
Selamat pagi Ahad semua. Lama betul Ucu tak dapat update blog Rayyan. Umi dan Abi pun busy. Macam-macam kerja dan urusan yang mereka perlu selesaikan. Rayyan tak faham sangat urusan orang dewasa ini. Nanti satu hari bila Rayyan dah besar baru Rayyan faham kot.

Minggu lepas Rayyan balik kampung bercuti kat umah Tok Nek di Kedah. Tapi Rayyan balik dengan Umi dan Abi saja. Jadi tak banyaklah gambar-gambar Rayyan yang ada... Kalau Ucu balik sekali tentu banyak gambar Rayyan sebab Ucu kalau balik kampung memang tak pernah tinggal kamera dia. Dan Rayyan rasa macam model jer kalau Ucu ada sebab setiap pergerakan Rayyan dia nak rakam.... Tapi ketika entry ni Ucu tulis, Rayyan dah selamat balik ke rumah Jaddi & jaddati kat KL dah...

Ada sikit je gambar Rayyan yang Ammi Qaiyum ambil.... Sebab Ammi Qaiyum pun dapat jumpa Rayyan satu hari jer walaupun Rayyan seminggu kat rumah Tok Nek...

Petang tu Rayyan berehat kat pondok Pak Wok kat rumah Andak sambil baca buku. Tapi Andak bagi Rayyan baca kamus bahasa Mandarin pula. Sebab dulu Andak mengajar kat sekolah Cina. Jadi banyaklah koleksi buku bahasa mandarin kat rumah dia tu kot...

Dah penat baca kamus, Rayyan cuba baca buku bergambar pula. Tapi bila baca lama-lama rasa macam nak berbaring pun ada juga...

Haaa.. ok tak kalu Rayyan senyum macam ni? Rayyan berani berdiri macam ni sebab ada kakak Diana kat belakang tu. Rayyan confident sikit berdiri sendiri. Tentu tak akan jatuh punya...

Tak apa, Abi... jangan risau. Rayyan berani jer berdiri sendiri...

Nampak tak gigi Rayyan yang dua batang tu. Dua minggu lepas masa gigi Rayyan tumbuh sebatang, Rayyan dah pergi jumpa dentist. Dentist kata gigi Rayyan sihat. Nanti tak lama lagi tentu gigi Rayyan akan jadi banyak macam gigi umi tu kan...

Lepas penat baca buku, Rayyan bersantai tepi kolam kecil di sebelah pondok Pak Wok tu...

Tapi Rayyan tak dapat nak menikmati sangat, sebab ramai pula yang nak ambil gambar Rayyan. Semuanya asyik suruh Rayyan pusing tengok kamera... ishhhh...

Lepas tu Rayyan pindah duduk tepi batu lah pula. Ada banyak ikan dalam kolam tu.


Hmmmm... Tapi bila duduk lama sikit atas batu tu, rasa macam tak selesa juga... batu tu rasa panas lah....



Diorang semua tak perasan ke muka Rayyan dah berkerut-kerut ni?

Akhir sekali Rayyan terpaksa juga jerit minta tolong. Tolong! Tolong! angkat Rayyan dari sini...

Fuhhhh... lega bila umi datang selamatkan Rayyan. Tak lah sakit pungg*ng Rayyan lagi...

Ini Rayyan bersama Ammi Qaiyum kat stesen keretapi Alor Setar masa dah nak balik ke KL. Rayyan kali pertama naik keretapi ini. Best juga.. Tapi cuma susah sikit nak makan sebab keretapi tu bergoyang-goyang. Bila umi suapkan nasi, mulut Rayyan sampai senget-senget jadinya... hihi.. Tapi Rayyan suka jer sebab dapat berjalan-jalan....

Ini Rayyan dengan Umi atas katil dalam keretapi. Hehehehe... Bila takut, Rayyan pegang lengan Umi kuat-kuat...


Tapi adakalanya Rayyan duduk main sorang-sorang atas katil tu. Nampak tak pemandangan dari tingkap tu? Cantik kan? (walaupun kabur jer... Tapi sebenarnya pemandangan kat luar tu cantik...)..hehehe

Oklah.. nanti Rayyan minta Ucu update lagi blog ini ya.
Tata....

Monday 12 April 2010

Selamat ulangbulan ke-6 (",)

Posted by Rayyan Fathi at 09:37 0 comments



Assalamua'alaikum buat semua ammi, ammati, jaddi dan jaddati...

Rayyan dah lama tak update blog ini. Hehehe... sebab Ucu sibuk dan dia demam seminggu. Tapi pagi tadi ucu kata hanya orang yang sibuk saja yang ada masa. Jadi, dia pun nak buktikan yang dia sibuk hari ini, jadi dia adalah masa untuk update blog Rayyan hari ini. Hehehe...

Sebenarnya dalam masa enam bulan ini banyak sangat kenangan yang Rayyan dah lalui. Semalam 11hb April 2010 genaplah usia Rayyan enam bulan hidup sebagai khalifah Allah yang masih kecil di dunia ini. Ucu kata sekarang Rayyan is a little khalifah. :-)

Rayyan masih kecil. Banyaaaaaaaaaak lagi perkara yang perlu Rayyan pelajari. Azam Rayyan sempena ulangbulan yang keenam ini (Rayyan belum cukup setahun jadi tak boleh sebut ulangtahun,hehe...) Rayyan nak membesar sebagai anak yang baik, tak mahu susahkan Abi dan Umi, dan Rayyan nak jadi baby yang bijak. Dulu masa Rayyan dalam perut Umi, hari-hari Umi makan neurogain. Katanya untuk perkembangan otak Rayyan supaya jadi bijak. Jadi, sekarang Rayyan nak buktikan yang Rayyan akan jadi anak yang bijak.

Sekarang Rayyan dan pandai baca buku. Tapi entah kenapa setiap kali Rayyan tengok buku lembut yang diperbuat daripada kain tu, Rayyan rasa nak makan. Nampak sedapppppp sangat. Jadi, Rayyan pun 'baca' buku tu sambil gigit-gigit saja buku kain tu dengan lazat. nyummmmm....

Sekarang Rayyan dah boleh meniarap juga. Lepas ni Rayyan akan pandai merangkak dan lepas tu berjalan. Tapi Rayyan tak tahu macam mana rasanya nak merangkak dan berjalan tu. Sekarang ni pun Rayyan masih perlukan bantuan bila Rayyan meniarap kemudian bila nak kembali telentang, Rayyan kena minta bantuan. Tapi Rayyan belum pandai sebut "help! Help!" jadi, Rayyan nangislah jerlah untuk mohon bantuan.. Hehehe.. tapi Rayyan akan belajar dengan gigih untuk merangkak dan berjalan. :-)

UCu buat slide show gambar-gambar Rayyan yang dah penuh laptop Ucu...:) (Kalau lagu tu bunyi kuat sangat, boleh click pada gambar kecik kat bawah slide tu kemudian matikan soundnya).

Selamat malam semua.


Salam Sayang,
-Rayyan-

Monday 1 March 2010

Sepupu Baru

Posted by Rayyan Fathi at 21:49 1 comments
Assalamua'laikum buat semua keluarga, kawan-kawan Abi dan Umi serta pengunjung blog Rayyan. (Ada pengunjung ke?).. hehehe...

Rayyan doakan semoga semua sihat-sihat, ya. Rayyan baru baik demam. Umi kata demam ni salah satu ujian dan dugaan yang Rayyan kena lalui untuk melengkapkan proses tumbesaran. Jadi, Rayyan redha dengan segala ketentuan Ilahi. Tapi entah kenapa sekarang Rayyan cuma tak boleh berada dalam keaadaan panas. Rasa rimas dan Rayyan mula lah rasa macam nak nangis, lebih-lebih lagi waktu nak tidur. Kalau panas, Rayyan memang tak boleh tidur. Adakah ini pun salah satu dugaan untuk Rayyan? Ucu kata Rayyan kena belajar banyak bersabar dan bersyukur dengan nikmat Allah. Jadi, Rayyan pasrah...

Hari ini Rayyan minta tolong Ucu untuk update cerita Rayyan jadi peneman Ammati Norli kat labor room. Hehehe.. tapi Rayyan tak masuklah ke dalam bilik tu, Rayyan cuma tunggu kat luar bilik bersama Umi dan Jaddati. Sampai tengah malam juga Rayyan tunggu. Sampai Umi kena buka butang baju Rayyan sebab Rayyan panas kat luar bilik aircond tu. Mungkin Rayyan pun berdebar nak sambut kelahiran sepupu ketiga kot. hehehe... Jam 11.35 malam Ammati Norli selamat melahirkan seorang putera yang comel...

Tapi Rayyan tak ada gambar baby yang cute tu secara dekat. Sebab gambar ni hanya dari camera Ucu yang datang melawat Ammati Norli keesokkan harinya. Tapi masa tu baby yang comel tu sedang enak beradu dalam bilik kaca yang menjadi tempat Rayyan tinggal empat bulan yang lalu....

TAHNIAH! Ammati Norli dan Ammi Fawaz. Makin bertambahlah kawan-kawan Rayyan nampaknya... Nama sepupu Rayyan ni belum diumumkan lagi. Nanti hari ke tujuh baru akan diumumkan.. tungguuuuuuuu ya.. heheh...

OKlah, Rayyan rasa Ucu ada kerja nak buat tu. Dia curi masa lunch dia untuk update blog Rayyan ni. Syukran jazilan, ya Ucu.

Ucu buat scrapping gambar-gambar Rayyan dan Umi bersama Ucu di hospital tempoh hari. Cantik, kan? Terima kasih Ucu... Rayyan tunggu gambar-gambar dari kamera Ammi Fawaz untuk update wajah sepupu Rayyan dari jarak dekat ya... :)

A cute baby boy...


Rayyan: "Ucu! Tengok tu... inilah bilik Rayyan tinggal empat bulan yang lalu, kan?"





Salam tengahari yang tenang...

-Rayyan-

Thursday 18 February 2010

Rayyan Penat Sangat...

Posted by Rayyan Fathi at 06:20 0 comments
Hari Selasa lepas Rayyan temankan Umi ambil keputusan peperiksaan di KUIN, Alor Setar. Lepas ambil keputusan peperiksaan tu, Abi nak baiki kereta, jadi kami pergi ke bengkel kereta di Alor Setar tu. Lama juga tunggu kereta Abi dibaiki.

Dari pagi keluar dari rumah Tok Nek hinggalah 5.00petang baru sampai balik. Setibanya di rumah, Rayyan memang penat sangat sebab sehari sebelum tu Rayyan dah jalan jauh juga balik dari KL.

Jadi, Rayyan pun tak sedar bila masa Rayyan terlelap sambil mulut ternganga macam ni. Tapi kamera Tok Cu sangat cekap ambil gambar Rayyan..hehehe...

Rayyan penat sungguh waktu ni... Sian Rayyan kan?

Saturday 13 February 2010

Rayyan Suka Jalan-jalan

Posted by Rayyan Fathi at 06:38 0 comments
Assalamua'alaikum...

Selamat bercuti panjang kepada semua kawan-kawan Abi dan Umi dan selamat menyambut hari raya cina kepada kawan-kawan yang berbangsa Cina.

Malam ni Rayyan nak kongsi cerita Rayyan baru dapat stroller. Abi belikan. Terima kasih, Abi. Rayyan saaaaaaaaaaayang Abi dan Umi juga! hehehe...

Nanti, bolehlah Abi dan Umi bawa Rayyan jalan-jalan selalu kan? Seronoknyaaaaaaaaaaa....

Tadi Tok Cu MMS Abi gambar kerusi jari kat rumah dia. Tok Cu kata dia beli kerusi ni untuk Rayyan duduk bila pergi ke sarang burung (rumah) dia. Rumah Tok Cu nama Lucky Nest. Jadi, Tok Cu selalu panggil rumah dia sebagai "Sarang burung yang bertuah". Memang sungguh bertuah! heheh...

OK, Rayyan dah ngantuk. Nanti kita sambung lagi ya.

Salam percutian...


-Rayyan-

Friday 12 February 2010

Tahniah Umi

Posted by Rayyan Fathi at 05:48 0 comments
Assalamua'alaikum...

Hari ini Rayyan nak kongsi kegembiraan dengan semua ammi, ammati, dan kawan-kawan Umi. Rayyan gembira sangat sebab dapat pergi Pizza Hut.. opsss!! maaf. Bukan gembira sebab tu, tapi sebabbbbb Umi dah lulus peperiksaan akhir dan Umi kata dia boleh graduate tak lama lagi.

Rayyan masih belum faham 'graduate' tu macam mana. Tapi Umi kata nanti bila Rayyan dah besar, Rayyan pun kena belajar sampai graduate macam Abi dan Umi...

InsyaAllah Abi, Umi... Rayyan akan jadi anak yang bijak dan soleh, yang dapat berbakti pada agama, bangsa dan negara. (",).

Tok Cu kata Rayyan handsome pakai baju sejuk ni. (Opss!! maaf, puji diri sendiri pula! hehe..). Macam kat London jer gayanya.. hehehe...

Ini Rayyan possing dengan Jaddi. Kami ke Pizza Hut meraikan kejayaan Umi yang dah tamat pengajian di KUIN. Tapi Rayyan hanya sekadar boleh tenung dan telan air liur jer tengok pizza yang bulat-bulat macam donut gergasi tu. Nanti Rayyan dah besar boleh lah Rayyan makan, kan Umi?

Rayyan nak cepat BESARRR!!.. (",).


TAHNIAH! Umi... Rayyan Saaaaaaaaaaayangggg Umi dan Abi !... Mwahhh!


Ila liqa'


-Rayyan-

Monday 25 January 2010

Rayyan Balik KL

Posted by Rayyan Fathi at 19:54 0 comments
Rayyan dah balik KL dah sekarang. Tapi Rayyan nak cerita kisah sehari sebelum Rayyan balik ke KL, Tok Nek buat kenduri doa selamat untuk Rayyan. Selepas selesai kenduri, petang tu Tok Nek potong kek sempena hari ulangtahun Tok Nek yang ke-66. Rayyan doakan semoga Tok Nek sentiasa sihat dan dipanjangkan umur. Rayyan pun tolong Tok Nek potong kek juga. Tapi tangan Rayyan kecil lagi. Tak muat nak pegang pisau yang besar tu. Jadi, Rayyan tolong tengok jer lah. Nak tolong makan kek pun, perut Rayyan masih belum boleh terima makanan macam tu. Jadi, sepanjang majlis tu, Rayyan hanya tolong tengok dan telan air liur jerlah..

Nanti Rayyan dah besar, Rayyan nak makan semua makanan. Semestinya makanan yang halal jer la.. heheh.. Dalam gambar di bawah ni Rayyan bersama (Dari kiri: Abang Safwan, Tok Nek, Abang Faiz, Ammi Qaiyum, dan Abang Syahir)

Ini pula gambar Abang Faiz (Bapa sedara sepupu Rayyan. Camna tu? Entah, Rayyan pun tak tau..hehhe..) dah bersedia untuk baca doa di pagi hari. Hehehe.. nanti Rayyan nak jubah macam Abang Faiz ni lah satu. Tok Cu tolong belikan yer.. hehehe...

Ini pula Abang Faiz dan kakak Diana. Sepanjang Rayyan di kampung selama lebih kurang sebulan tempoh hari, inilah teman sepermainan Rayyan. Hari-hari kakak Diana dan Abang Faiz layan Rayyan bermain. Nanti tentu Rayyan akan merindui mereka berdua.... :-(

Haaaa... bermula lah perjalanan Rayyan balik ke KL. Mula-mula masuk kereta Rayyan sangat teruja nak berjalan...


Rayyan dengar Umi bersembang dengan Rayyan. Rayyan boleh dengar saja tapi lidah Rayyan masih belum boleh berfungsi untuk bercakap. Nanti Rayyan akan berlajar bersungguh-sungguh untuk melembutkan lidah untuk cepat bercakap... :-D

Dah lama duduk atas riba Umi, Rayyan transfer masuk dalam bakul kat belakang duduk dengan Tok Cu pula. Tapi duduk lama-lama dalam bakul pun, Rayyan boring juga. Tengok muka Rayyan tu. Muka boring, kan? Tapi nak buat macam mana. Rayyan tak boleh nak bangun sendiri. Bersabar jerlah duduk dalam bakul tu...
Akhirnya kami sampai kat Hentian Bukit Gantang. Tok Cu kata ini kawasan Rawat dan Rehat. Rayyan pun tak tahu apa yang nak di rawat. Mungkin Abi boleh rawat kaki yang lenguh tekan minyak kot kan?
Rayyan berehat dalam bakul jer sementara tunggu Umi, Abi dan Tok Cu makan nasi kat situ. Nyaman juga kat tempat ni. Jadi, Rayyan duduk jer diam-diam dalam bakul sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup...
Lepas selesai diorang makan, Rayyan mandi dan tukar baju. Lepas tu kami meneruskan perjalanan lagi. Kali ni Rayyan dah tak larat nak buka mata. Rayyan tidur jer sepanjang perjalanan tu. Jauh juga dari Kedah nak ke KL tu yer...
Bila dah nak sampai KL baru Rayyan buka mata. Tadaaaaaaaaa.... Rayyan ingatkan dah sampai. Tapi rupa-rupanya belummmm...
Rayyan dah tak larat nak baring dalam bakul. Kali ni Rayyan baring atas Tok Cu la pula. Boleh tengok pemandangan kat luar tingkap...
Dah tak larat duduk atas Tok Cu, Rayyan tukar tempat pula. Rayyan ke depan pula. Tengok pemandangan yang lebih luas sambil teman Abi memandu...
Dan akhirnyaaaaaaaa.. sampai juga ke KL. Rayyan tengok bangunan tinggi-tinggi. Wahh.. ini ker KL? Dah sebulan Rayyan tinggal kat Kedah tak pernah nampak bangunan tinggi-tinggi macam ni.. Tapi Rayyan pun tak tahu apa fungsi bangunan-bangunan ni. Rumah orang ker? Pejabat ker? pejabat tu apa? Nanti bila Rayyan besar nanti Rayyan tahu lah kan...

OK, itu saja cerita perjalanan Rayyan dari Kedah ke KL. Sekarang ni Rayyan di rumah Jaddi & Jaddati di KL. Kadang-kadang Rayyan rindu juga pada Tok dan Tok Nek di kampung. Bila Rayyan rindu, Rayyan nangis jer lah.. huhu..
Tapi tak apa, nanti Rayyan besar, Rayyan boleh selalu balik Kedah, kan?
 

Haris Rayyan Fathi Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez